Pengurniaan Darjah kebesaran, bintang dan pingat Brunei

Bangunan Lapau di pusat bandar Bandar Seri Begawan

Pengurniaan sebenar melibatkan penerima dikurniakan medal dalam suatu istiadat (upacara) oleh Sultan atau kadang-kadang Pengiran Muda Mahkota (Putera Mahkota) atas perkenan Sultan. Istiadat ini secara tradisinya diadakan di Lapau iaitu sebuah dewan untuk istiadat diraja dalam budaya Brunei. Pada masa ini, Bintang-Bintang Kebesaran sehingga Darjah Ketiga dianugerahkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam istiadat yang diadakan setiap tahun pada hari keputeraan KDYMM iaitu setiap 15 Julai, walau bagaimanapun diadakan bukan di Lapau tetapi di Balai Singgahsana Indera Buena, sebuah dewan istiadat dalam Istana Nurul Iman. Manakala Bintang-Bintang Kebesaran bagi Darjah yang lain serta Pingat-Pingat Kehormatan dikurniakan oleh KDYMM atau DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dalam istiadat lain pada hari-hari yang lain, walau bagaimanapun biasanya diadakan sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan tersebut juga. Istiadat tersebut telah secara tradisinya diadakan di bangunan Lapau di pusat bandar Bandar Seri Begawan tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini ianya telah diadakan di balai Lapau yang lebih besar di dalam istana untuk menampung peningkatan bilangan penerima.[1]